Drenched in vanilla twilight, I'll sit on the front porch all night. Waist-deep in thought because when I think of you I don't feel so alone...

http://najihahyusoff94.blogspot.com

TERTUTUP + TERBUKA

Hadiah yang dibalut dengan kemas dan sempurna pasti dapat menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkannya. Biarpun tidak mengetahui apa isi yang ada di sebalik kotak tertutup itu, ia tampak sangat istimewa hanya kerana ia tertutup rapi. Sesuatu yang tertutup itu pasti ada sesuatu yang ingin disembunyikan dan dilindungi. Tidak semestinya ia menyembunyikan sebarang kecacatan, tetapi ia mahu dilindungi daripada terlalu dipandang oleh orang ramai. Ia sesuatu yang berharga. Tutup dan jagalah barang berharga kita dengan sebaiknya. Tertutup itu bukan memalukan, tetapi tanda kita mempunyai rasa malu dan bukankah malu itu tanda orang yang beriman dan cabang daripada keimanan?

pasti kita mahukan sesuatu yang cantikkan? macam hadiah nie..


Lalu di deretan gerai yang menjual kuih-muih, pasti kedai yang meletakkan kuih-muih di dalam bekas tertutup sahaja yang akan menjadi pilihan ramai. Dalam fikiran pembeli, makanan yang terdedah dan terbuka pasti tidak bersih dan telah dihinggapi lalat. Mempunyai sesuatu yang menarik ada kalanya akan menimbulkan satu perasaan  ingin diketahui umum. Biarlah orang lain dapat melihat dan mengetahuinya dan sudah pasti akan mendapat pujian. Secara tidak sedar, ia turut membuka sifat riyak dan takabbur dalam diri orang tersebut. Menjadikan sesuatu itu sebagai tatapan umum dan terbuka sebenarnya membuka ruang kepada orang yang hasad dan dengki untuk menghancurkannya. Jangan biarkan ia terbuka, kelak akan membuka mudarat kepada diri sendiri


#di petik daripada majalah solusi... ;)


Vanilla Visitor